Tahun 2010 Disambut Diperantauan(Uganda)
Pada malam 31.12.2010 ketika saudara mata, sanak saudara, sahabat handai dan keluarga tercinta berkumpul menunggu detik duabelas tengah malam, dapatku bayangkan bertapa gembiranya mereka semua kerana dapat bersama meraikan hari yang penuh bermakna.
Bagiku, betapa sedihnya ketika itu kerana berjauhan dari mereka yang tersayang.Di saat kawan-kawan bergembira pada malam itu,tanpa disedari air mataku bercucuran kerana terlalu sedih kerana tidak dapat meraikan bersama keluarga tercinta.
Kata orang itulah sebuah pengorbanan demi mereka yang tercinta.Laut sanggup direnangi,bukit sanggup di daki,hujan sanggup diharungi dan nyawa sanggup digadai demi mencari sebuah penghidupan yang lebih sempurna serta demi masa depan anak-anak yang tercinta.Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya hati ini.
Gambar bersama kawan dari Phillipine menyambut tahun pada 01.01.2010
Gambar bersama teman-teman,duduk ditengah saudara Majet Ikom.


January 31, 2010 at 5:24 pm
jack daniel
February 21, 2010 at 5:12 pm
Ni gambar idu din enda dibantaika iya …..nemu endar.!!!